
Ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu, Saifuddin Abdullah, mengingatkan PN di Pahang menambah kerusi daripada lapan pada selepas PRU14 kepada 17 selepas pilihan raya lepas — kurang lima kerusi untuk meraih majoriti mudah di DUN.
“Rakyat sudah melihat kemungkinan besar PN menerajui Pahang,” kata pengerusi Bersatu Pahang itu kepada FMT, dan menambah situasi seperti itu juga berlaku di Selangor.
“Selangor tak cukup tujuh saja,” katanya.
Terdahulu, Pengerusi BN Zahid Hamidi mengumumkan kajian dan tinjauan akan dilaksanakan bagi mengenal pasti kerusi-kerusi berpotensi yang boleh dimenangi, dengan hasrat merampas semula beberapa kerusi Parlimen dan DUN yang kini dikuasai Bersatu dan PAS.
Pahang ditadbir oleh kerajaan dipimpin BN, yang menduduki 17 daripada 42 kerusi DUN. Pakatan Harapan yang menjadi rakan kerjasama memiliki lapan kerusi.
Di Selangor, PH mentadbir dengan 32 daripada 56 kerusi. BN pula bertahan dengan dua kerusi. PN menduduki 21 kerusi pada ketika ini.