
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), berkata pengenaan duti berkenaan akan berkuat kuasa tidak melebihi 120 hari, mulai 7 Julai 2025 dan penentuan muktamad akan dibuat pada atau sebelum 3 Nov ini
Katanya, penentuan awal berkenaan penyiasatan duti antilambakan dibuat sebagaimana diperuntukkan mengikut Seksyen 23 dalam Akta Duti Timbal Balas dan Antilambakan 1993.
“Kerajaan telah memutuskan untuk mengenakan duti antilambakan sementara dalam bentuk jaminan bank bersamaan dengan nilai margin lambakan yang telah dikenal pasti dalam penentuan awal, iaitu antara 3.86% hingga 57.90% ke atas import dagangan subjek dari China, Korea Selatan, dan Vietnam untuk mengelakkan sebarang kecederaan material lanjut terhadap industri tempatan semasa penyiasatan dijalankan,” katanya dalam kenyataan menurut Bernama.
Miti berkata, kerajaan memulakan penyiasatan duti antilambakan terhadap import produk tersebut pada 6 Feb lalu dan susulan penentuan awal ini, penyiasatan seharusnya diteruskan.
Siasatan yang turut dilakukan di bawah Peraturan Duti Timbal Balas dan Antilambakan 1994 berdasarkan petisyen difailkan CSC Steel Sdn Bhd.
Pempetisyen (CSC Steel) mewakili industri tempatan yang mengeluarkan produk serupa, mendakwa dagangan subjek berasal dari China, Korea Selatan, dan Vietnam yang diimport ke Malaysia pada harga lebih rendah daripada harga dijual di pasaran domestik negara tersebut telah menyebabkan kemudaratan material kepada industri tempatan di Malaysia.
Namun, Miti menegaskan mana-mana pihak berkepentingan sama ada pengimport, pengeluar atau pengeksport asing dan persatuan berkaitan dengan penyiasatan dialu-alukan memberi ulasan atau pandangan terhadap laporan penentuan awal kepada kementerian.
Ulasan atau pandangan boleh dikemukakan selewat-lewatnya pada 14 Julai 2025.
“Pihak berkepentingan boleh mendapatkan laporan Penentuan Awal versi tidak sulit dari sistem Trade Remedies Investigation Management (Trima) melalui pautan https://traderemedies.miti.gov.my/,” kata Miti.