
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Yusri Hassan Basri berkata laluan terlibat terdiri daripada laluan masuk dan keluar ke ibu negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan hotel-hotel penginapan delegasi.
Beliau berkata raptai pergerakan motoked melibatkan laluan dari lapangan terbang hingga ke hotel-hotel penginapan di sekitar Kuala Lumpur dan KLCC bermula hari ini hingga Ahad melibatkan 391 petugas JSPT.
“Pengguna jalan raya disarankan merancang perjalanan lebih awal dan digalakkan menggunakan pengangkutan awam sebagai tanda sokongan penganjuran acara ini.
“Kenderaan perdagangan dan kenderaan berat disarankan tidak memasuki kawasan pusat bandar Kuala Lumpur sepanjang tempoh lencongan terutamanya semasa waktu puncak bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko kerosakan kenderaan dan kemalangan,” katanya dalam kenyataan.
Tiga lebuh raya yang terlibat adalah Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Elite (KLIA-Putrajaya) dan Lebuhraya KL-Seremban (Sungai Besi-KL)
15 jalan utama adalah:
- Lebuh KLIA
- Lingkaran Putrajaya
- Jalan Istana
- Jalan Damansara
- Jalan Tun Abdul Razak
- Jalan Ampang
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan Bukit Bintang
- Jalan Imbi
- Persimpangan Jalan Ampang/Jalan P Ramlee
- Persimpangan Jalan Sultan Ismail/Jalan P Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak/Jalan P Ramlee
- Persimpangan Jalan Perak/Jalan Pinang
- Persimpangan Jalan Stonor/Jalan Kia Keng
- Persimpangan Jalan Stonor/Persiaran KLCC
Maklumat penuh jalan terlibat dan waktu lencongan boleh didapati di sini.