
Kedua-dua wanita tempatan berusia 34 tahun itu ditahan oleh satu pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) IPK Kuala Lumpur melalui Op Noda di sebuah hotel di Seksyen 27, Shah Alam, kira-kira 8 malam semalam.
Polis turut merampas tiga telefon bimbit, dua kondom, satu tiub pelincir, sepeket tisu basah, sehelai tuala mandi serta sekeping kad akses bilik hotel.
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa berkata, siasatan awal mendapati pasangan suami isteri yang mempunyai empat anak itu terlibat dengan aktiviti menjual video lucah melalui aplikasi Telegram.
Katanya, mereka turut menawarkan kegiatan persundalan sejak Jun 2024.
“Suspek menyasarkan pelanggan-pelanggan yang mempunyai aplikasi X untuk membeli video lucah dan aktiviti pelacuran yang diuruskan oleh suspek menggunakan aplikasi Telegram sebagai medium mesej perbualan,” katanya, lapor Utusan Malaysia.
Rusdi berkata, video-video lucah itu dijual menerusi dua saluran Telegram dengan harga antara RM50 hingga RM150, manakala bayaran yang dikenakan bagi langganan seks ialah RM450 hingga RM800 di sebuah hotel bertaraf empat bintang.
“Suspek dikatakan mendapat pendapatan sehingga RM6,400 seminggu,” katanya.
Menurut Rusdi, suspek lelaki dipercayai berperanan sebagai pencipta kandungan, mempromosikan penjualan video lucah, manakala suspek wanita memainkan watak utama dalam video-video tersebut untuk melariskan jualan.
Pasangan terbabit dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 372A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.