Solidariti global, nekad moral perlu untuk krisis Gaza, kata Anwar

Solidariti global, nekad moral perlu untuk krisis Gaza, kata Anwar

Perdana menteri mengulangi komitmen menegakkan undang-undang antarabangsa, mempertahankan hak asasi manusia dan memperjuangkan keamanan berkekalan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membincangkan isu Gaza dengan Ahli Parlimen dan tokoh politik British terkenal Jeremy Corbyn menerusi panggilan video pada Isnin. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan solidariti global dan nekad moral kental amat diperlukan tatkala krisis kemanusiaan semakin meruncing di Gaza.

Dalam kemas kini di Facebook, katanya, beliau membincangkan hal itu secara maya dengan Ahli Parlimen dan tokoh politik British terkenal, Jeremy Corbyn, pada Isnin.

“Saya telah berbincang menerusi panggilan video dengan Ahli Parlimen dan tokoh politik British, Jeremy Corbyn, menyentuh langkah kerjasama dalam kalangan negara yang sehaluan…termasuk Kumpulan Hague untuk memberi lebih tekanan terhadap Israel supaya menghentikan segera genosid sedang berlaku di Gaza.”

Kedua-dua pemimpin itu turut mengulangi komitmen menegakkan undang-undang antarabangsa, mempertahankan hak asasi manusia serta memperjuangkan keamanan yang adil dan berkekalan.

Genosid di Gaza memasuki bulan ke-21 yang setakat ini mengorbankan atau mencederakan hampir 189,000 rakyat Palestin, majoritinya kanak-kanak dan wanita, manakala lebih 11,000 masih hilang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.