
Hukuman dikenakan Hakim Sayani Mohd Nor ke atas tertuduh berusia 46 tahun yang juga pemasang jubin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa antara 2.30 hingga 4 petang, 28 Ogos 2024.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara hingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, laporan polis dibuat ibu mangsa yang juga isteri tertuduh selepas seorang anak melihat bapanya melakukan sesuatu terhadap kakaknya di ruang tamu rumah, lapor Berita Harian.
Siasatan polis mendapati kejadian berlaku ketika mangsa baru pulang dari sekolah dan berehat di ruang tamu, sambil bermain telefon dengan tertuduh datang ke arahnya lalu melakukan perbuatan itu.
Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana bekerja di kedai jahit.
Mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebaik pulang ke rumah pada petang hari kejadian dengan laporan polis dibuat di IPD Batu Pahat, 10 malam hari sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.