Polis tahan 2 warga asing menyamar penjawat awam, bergaduh

Polis tahan 2 warga asing menyamar penjawat awam, bergaduh

Ketika tiba di lokasi kejadian, polis mendapati salah seorangnya sudah bergari di dalam kenderaan.

handcuff
Polis tahan dua warga asing, masing-masing berusia 26 dan 32 tahun, yang dipercayai bergaduh berkaitan hal keluarga di Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang, semalam. (Gambar Rawpixel)
PETALING JAYA:
Dua lelaki warga asing dipercayai menyamar sebagai penjawat awam dan terlibat dalam pergaduhan ditahan polis di Kampung Baru Subang semalam.

Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai pergaduhan itu pada 1.15 tengah hari.

Setibanya di lokasi di Taman Subang Perdana, sepasukan polis peronda menahan dua warga asing, masing-masing berusia 26 dan 32 tahun, dengan salah seorang didapati berada di dalam sebuah kenderaan dengan tangannya bergari.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan antara dua individu yang berkawan itu disebabkan perselisihan faham berkaitan hal keluarga,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Mohd Hafiz berkata, polis turut merampas dua buah kereta dan sepasang gari di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar dan menyamar sebagai penjawat awam, selain Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis tanpa kebenaran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta hadir ke balai polis berdekatan atau menghubungi talian hotline Balai Polis Kampung Baru Subang di 03-78462322 atau Ekmal Hasif Mohd Noor di talian 011-35396787.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.