
Shuhaily yang menerajui JSJ sejak Ogos 2023 dilantik sebagai ketua pengarah AKPS hingga 30 Jun 2027, lapor Berita Harian.
Menurut arahan pertukaran yang tular di media sosial sejak semalam, Ketua Polis Johor M Kumar S Muthuvelu akan menggantikan tempat Shuhaily di JSJ, namun tidak dinyatakan siapa akan menggantikan beliau di Johor.
Pertukaran ini disahkan oleh Shuhaily, namun beliau enggan mengulas lanjut dan meminta pihak media menantikan Majlis Serah Terima Tugas yang dijadualkan berlangsung Isnin ini.
Selain itu, Superintendan Urus Setia (Dasar Strategik) Cawangan Khas Bukit Aman William Anak Nobes ditukarkan ke Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman sebagai superintendan komunikasi korporat, yang kini disandang Abd Rashid Abu Bakar.
Abu Rashid ditukarkan menjadi superintendan komunikasi korporat (2) Urus Setia KPN.