
“Kebiasaannya, bila Kementerian Kewangan dah umumkan sesuatu perkara ia akan berpegang pada pendirian itu dan tidak akan berganjak,” katanya pada satu acara di Pantai Dalam.
Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah memutuskan untuk mengecualikan epal dan oren import daripada peluasan skop SST.
Beliau berkata kerajaan mengakui bahawa ramai dalam kalangan golongan miskin dan kumpulan berpendapatan B40 membeli buah-buahan import ini kerana ia mampu milik.
Kementerian Kewangan sebelum ini berkata peluasan skop SST mulai 1 Julai, termasuk kadar 5% ke atas buah-buahan import, disasarkan secara strategik untuk menggalakkan permintaan pertanian tempatan dan memperkukuh kesel makanan.
Sementara itu, Fahmi turut memuji keputusan Suruhanjaya Tenaga untuk menurunkan tarif elektrik, dengan berkata langkah itu menunjukkan kerajaan benar-benar melaksanakan reformasi yang memberi manfaat kepada rakyat.
Pada 20 Jun, Suruhanjaya Tenaga berkata seramai kira-kira 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil melalui jadual tarif baharu yang diluluskan oleh kerajaan.
Di bawah skim tarif baharu dari 1 Julai hingga akhir 2027, purata asas tarif akan diselaraskan kepada 45.4 sen/kWj daripada 45.62 sen/kWj yang diluluskan pada Disember 2024. Tarif asas semasa iaitu 39.95 sen/kWj ditetapkan bagi tempoh 2022 hingga 2024.