
Pusat Gerakan Operasi bomba Johor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.17 petang sebelum tiba di lokasi 11 minit kemudian dengan kekuatan enam anggota dan sebuah jentera.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati kemalangan melibatkan lima buah kenderaan iaitu Toyota Corolla, Perodua Axia, lori Hino, Proton Saga dan Perodua Bezza,” katanya, lapor Bernama.
Menurut Pusat Gerakan Operasi bomba, terdapat 11 mangsa terlibat, termasuk dua lelaki berusia 69 dan 74 tahun yang maut.
“Mereka didapati tersepit di dalam kenderaan (Toyota Corolla) dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian,” katanya.
Sembilan lagi mangsa berusia antara tujuh bulan hingga 52 tahun cedera ringan menerima rawatan awal oleh pihak KKM, tambahnya.
Operasi menyelamat ditamatkan pada 5.47 petang,