KPM siasat dakwaan warga Pakistan rasmi program sukan sekolah

KPM siasat dakwaan warga Pakistan rasmi program sukan sekolah

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya telah menerima laporan mengenainya.

rasmi sukan
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki Pakistan diberi penghormatan merasmikan Majlis Sukan Olahraga Sekolah Kebangsaan Sama Gagah di Kampung Sama Gagah, Simpang Empat Semanggol.
IPOH:
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyiasat dakwaan seorang warga Pakistan merasmikan program sukan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kerian.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya telah menerima laporan mengenainya.

Beliau memaklumkan perkara itu kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447 Hijrah Peringkat Perak yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, malam tadi.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki Pakistan diberi penghormatan merasmikan Majlis Sukan Olahraga Sekolah Kebangsaan Sama Gagah di Kampung Sama Gagah, Simpang Empat Semanggol.

Sementara itu, Fadhlina menzahirkan penghargaan kepada Sultan Nazrin selepas menerima Anugerah Saidina Abu Bakar As-Siddiq bagi pihak ibunya Allahyarham Siti Zalikhah Md Nor.

“Beliau pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pembela undang-undang syariah.

“Oleh itu, ia adalah kepakaran beliau yang sentiasa mengangkat tema pemberdayaan wanita dalam semua aspek.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.