Cuaca panas hingga 1 Julai, orang ramai dinasihat kurang kegiatan luar

Cuaca panas hingga 1 Julai, orang ramai dinasihat kurang kegiatan luar

MetMalaysia jangka cuaca panas dan kurang hujan di kebanyakan tempat di seluruh negara mulai esok.

minum air drink water cuaca panas
Suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 35 darjah Celsius mulai esok hingga 1 Julai, menurut MetMalaysia. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Orang ramai dinasihatkan agar mengurangkan kegiatan luar ekoran keadaan cuaca panas dan kurang hujan dijangka di kebanyakan tempat di seluruh negara mulai esok hingga 1 Julai.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Anip dalam kenyataan berkata, suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 35 darjah Celsius dalam tempoh itu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan laman media sosial rasmi MetMalaysia untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.

Maklumat turut boleh didapati menerusi aplikasi myCuaca.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.