Buli junior: 6 pelajar MRSM dibuang, kata pengerusi Mara

Buli junior: 6 pelajar MRSM dibuang, kata pengerusi Mara

Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya tidak melayan sebarang rayuan daripada pelajar terbabit.

asyraf wajdi dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki berkata Mara tidak akan berkompromi terhadap perbuatan buli. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Terengganu yang terlibat dalam kes buli telah diarahkan dibuang dari sekolah berkenaan.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki sambil menegaskan tiada sebarang kompromi terhadap perbuatan itu atas apa jua alasan.

“Sudah berulang kali saya tegaskan bahawa tiada tempat untuk pembuli di mana-mana MRSM,” katanya di Facebook.

Asyraf turut menegaskan Mara tidak akan melayan sebarang rayuan dikemukakan oleh pelajar terbabit.

Semalam, Ketua Polis Daerah Besut Azamuddin Ahmad @ Abu, berkata polis telah mengenal pasti pelajar yang dipercayai membuli pelajar tingkatan dua MRSM di Besut, Selasa lalu.

Menurutnya, permohonan reman terhadap kesemua suspek akan dibuat bagi membantu siasatan lanjut.

Mangsa mendakwa ditumbuk di perut dan ditampar di muka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.