Semua pelajar SPM 10A mohon matrikulasi akan dapat tempat

Semua pelajar SPM 10A mohon matrikulasi akan dapat tempat

Ini termasuk pelajar yang dapat 10A dan terdapat keputusan mata pelajaran A-, kata KPM.

spm top scorer cemerlang
KPM buat ketetapan bagi memastikan semua pelajar cemerlang 10A SPM dapat peluang melanjutkan pengajian. (Bernama pic)
PETALING JAYA:
Semua pelajar yang dapat keputusan 10A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 dan memohon untuk lanjut pengajian ke program matrikulasi akan mendapat tempat, tanpa mengira kaum atau latar belakang.

Ini termasuk pelajar yang mendapat 10A dan terdapat keputusan mata pelajaran A-, kata Kementerian Pendidikan (KPM) susulan mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Ketetapan ini dibuat bagi memastikan semua pelajar cemerlang 10A SPM 2024 mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian,” menurut kenyataan.

“Pada masa yang sama sistem kuota Bumiputera sedia ada bagi program matrikulasi kekal dan tidak terjejas.”

Pada 30 Jun tahun lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pelajar lepasan SPM memperoleh keputusan 10A dan ke atas akan diberi peluang memasuki matrikulasi.

Perkara itu diputuskan Jemaah Menteri bagi memastikan semua pelajar cemerlang tanpa mengira kaum melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Anwar menegaskan kerajaan akan menjamin hak pendidikan seperti termaktub dalam Perlembagaan, dan ia tidak akan mengganggu kuota pelajar Bumiputera sedia ada.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.