Zambry dilantik semula setiausaha agung BN, Johari bendahari

Zambry dilantik semula setiausaha agung BN, Johari bendahari

Pelantikan itu dibuat dalam mesyuarat agung tahunan Barisan Nasional hari ini.

Mesyuarat Agung Tahunan Barisan Nasional hari ini melantik semula Zambry Abdul Kadir sebagai setiausaha agung dan Johari Ghani sebagai bendahari agung gabungan itu.
PETALING JAYA:
Barisan Nasional (BN) mengumumkan pelantikan semula Zambry Abdul Kadir sebagai setiausaha agung dan Johari Ghani sebagai bendahari agung pada mesyuarat agung tahunan gabungan itu hari ini.

Zambry dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu dibuat selaras dengan Fasal 8.3(D) dan 8.3(E) Perlembagaan BN.

Mesyuarat itu diadakan dengan penuh iltizam untuk memperkukuhkan parti sebagai wadah politik inklusif dan mempertaruhkan tekad untuk kekal bersatu di bawah payung BN.

BN juga mengesahkan kesiapsiagaan penuh menghadapi PRN Sabah yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

“Kestabilan politik Sabah adalah kunci untuk memperkukuh keselamatan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat negeri di bawah bayu,” katanya.

Untuk rekod, Zambry mula memegang jawatan setiausaha agung BN sejak Jun 2021, manakala Johari, yang juga naib presiden Umno dilantik sebagai bendahari agung BN pada April 2023.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.