
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook dalam kenyataan memaklumkan Penolong Bendahari Ng Sze Han akan mengetuai projek itu.
“Jawatankuasa eksekutif pusat telah bersetuju memulakan pembangunan ibu pejabat baharu parti bagi menampung peningkatan jumlah keahlian dan keperluan pentadbiran yang semakin bertambah,” kata Loke.
DAP telah memindahkan ibu pejabat nasionalnya dari Petaling Jaya ke Jalan Yew, berhampiran Jalan Pudu pada 2010.
Loke turut mengumumkan penubuhuhan sebuah sekolah politik DAP tidak lama lagi, dengan Timbalan Pengerusi Nga Kor Ming akan mengetuai inisiatif terbabit.
Beliau berkata matlamat sekolah itu adalah untuk menjadikan pendidikan politik parti lebih tersusun dan menyepadukan konsep politik di pelbagai peringkat pembelajaran.
“Parti akan menggunakan sekolah ini untuk melatih pemimpin dan anggota akar umbi, bagi memastikan pembangunan politik berterusan,” katanya.
Loke turut memaklumkan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Steven Sim, akan mempengerusikan sebuah jawatankuasa bagi merancang dan melaksanakan siri acara bagi menyambut ulang tahun ke-60 parti itu tahun depan.