Kementerian Perpaduan pelawa penerbit tempatan sertai Anugerah Buku PNM

Kementerian Perpaduan pelawa penerbit tempatan sertai Anugerah Buku PNM

Penerbit berminat sertai empat kategori utama boleh hantar penyertaan sebelum atau pada 30 Jun.

Kementerian Perpaduan Negara melalui PNM jemput penerbit tempatan sertai Anugerah Buku PNM, yang mempertandingkan 4 kategori termasuk buku dewasa dan kanak-kanak. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mempelawa semua penerbit tempatan menyertai Anugerah Buku PNM 2025/2026, yang penyertaannya kini dibuka.

Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata, penerbit yang berminat boleh menghantar penyertaan sebelum atau pada 30 Jun ini.

“Peluang keemasan untuk dunia penerbitan! Anugerah Buku PNM 2025/2026 kini dibuka!” kata Aaron menerusi hantaran di Facebook.

“Kementerian Perpaduan Negara melalui PNM dengan sukacitanya menjemput semua penerbit tempatan menyertai Anugerah Buku PNM 2025/2026, pengiktirafan berprestij bagi karya berkualiti tinggi yang menyumbang kepada pembangunan ilmu dan budaya membaca negara.”

Bertemakan ‘Perbukuan Wadah Perpaduan Negara’, anugerah itu mempertandingkan empat kategori utama, iaitu Kanak-Kanak Fiksyen, Kanak-Kanak Bukan Fiksyen, Dewasa Fiksyen, dan Dewasa Bukan Fiksyen.

“Jangan lepaskan peluang mengukir nama dalam sejarah penerbitan negara. Sertai hari ini dan jadilah sebahagian daripada legasi ilmu Malaysia,” kata Aaron.

Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh diperoleh di https://shorturl.at/cD3bZ. Sebarang pertanyaan, hubungi urus setia di talian 03-26871942 / 1941 / 1912 / 1951 / 1944 atau e-mel [email protected].

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.