
Berita mengenai kematian Juma’ani disampaikan menerusi hantaran WhatsApp oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal-Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komuniasi Awam Sarawak – UKAS) Abdullah Saidol.
Abdullah berkata penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek Negeri pada 10 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya di sini.
Juma’ani merupakan anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak kedua Bujang Othman.
Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki Abang Abdillah Izzarim, 45, dan anak perempuan Dayang Norjihan, 43.
Sementara itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Abang Johari atas pemergian isteri beliau.
Menerusi hantaran Facebook, Anwar berkata beliau dan isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berduka menerima khabar pemergian Allahyarham.
“Seluruh ingatan kami pada keluarga Allahyarhamah, terutama buat Abang Jo (Abang Johari) yang baru saya temui semalam. Moga terus sabar dan tabah menerima ujian ini. Al-Fatihah,” kata Anwar.