
Komander Briged Tenggara PGA, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata rampasan itu dilakukan kira-kira 11 pagi ketika sepasukan anggota Batalion 9 PGA sedang melaksanakan tugas rondaan di bawah Op Taring Wawasan Kelantan.
Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas lori terbabit membawa kepada penemuan sebanyak 5,000 anak pokok ceri Barbados dan 5,000 anak pokok bunga cengkih yang disyaki mengandungi serangga perosak serta penyakit berbahaya.
“Pemandu lori iaitu seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun dipercayai dalam perjalanan untuk menghantar tanaman itu ke sebuah nurseri tempatan.
“Kesemua barangan rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Ros Azhan berkata PGA akan terus memperketat kawalan sempadan bagi membanteras sebarang cubaan penyeludupan yang boleh menjejaskan keselamatan makanan dan sektor pertanian negara.