Bicara kes pecah amanah Vivy, suami mula tahun depan

Bicara kes pecah amanah Vivy, suami mula tahun depan

Perbicaraan itu akan berjalan 15 hari berula 13 hingga 17 April, selain 18 hingga 22 Mei dan 8 hingga 12 Jun 2026.

Vivy Yusof n Fadzarudin Shah Anuar
Vivy Yusof dan Fadzarudin Shah Anuar berdepan tuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan perbicaraan kes pecah amanah membabitkan pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Vivy Yusof dan suaminya, Fadzarudin Shah Anuar bermula 13 April tahun depan.

Hakim Rosli Ahmad menetapkan perbicaraan itu akan berjalan selama 15 hari hingga 17 April, selain 18 hingga 22 Mei dan 8 hingga 12 Jun 2026, menurut Berita Harian.

Mahkamah turut menetapkan 27 Okt untuk sebutan semula kes.

Pasangan itu sebelum ini berdepan tuduhan melakukan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta milik syarikat itu.

Kesalahan didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara di Plaza Damansara, Bukit Damansara pada 21 Ogos 2018.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan hendaklah didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mengendalikan pendakwaan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ashok Athimulan.

Vivy dan suaminya tidak hadir ke prosiding hari ini dan dipercayai masih berada di Makkah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.