PAS perlu naib presiden berani, pemimpin ulama sokong Sanusi tanding

PAS perlu naib presiden berani, pemimpin ulama sokong Sanusi tanding

AJK Dewan Ulama PAS Mokhtar Senik berkata Sanusi Nor berani dan lantang berdepan lawan.

Muhammad Sanusi
Semalam, Pemuda PAS Alor Setar meluluskan usul mencalonkan Sanusi Nor bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti September ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
PAS perlu naib presiden lantang, kata seorang pemimpin Dewan Ulama yang menyokong pencalonan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor ke jawatan itu.

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS, Mokhtar Senik, berkata beliau menyokong ‘200%’ usul diluluskan PAS Alor Setar itu, sambil menjelaskan Sanusi sesuai diangkat ke jawatan berkenaan.

Mokhtar Senik
Mokhtar Senik.

“PAS perlukan naib presiden lantang menyuarakan hasrat dan perjuangan parti.

“Juga perlu naib yang berani masuk ke tengah gelanggang parti lawan…semua itu ada pada Sanusi,” katanya di Facebook.

Ketika ini, kerusi naib presiden PAS disandang Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahli Parlimen Bagan Serai Idris Ahmad dan Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah manakala Sanusi pula pengarah pilihan raya PAS.

Semalam, Pemuda PAS Alor Setar berkata mesyuarat bahagian meluluskan usul mencalonkan Sanusi bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti September ini.

“Pencalonan ini telah mendapat sokongan semua perwakilan hadir ke mesyuarat agung tahunan PAS Alor Setar.

“Dengan ini secara rasmi Alor Setar hantar MB Kedah sebagai calon naib presiden PAS,” katanya di Facebook.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.