
Tinjauan Bernama di saluran itu mendapati satu peringatan dipaparkan bertulis ‘this channel can’t be displayed because it violated local laws’ (Malaysia) dan semua kandungan dalam saluran berkenaan turut dipadam.
Kelmarin, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di platform Telegram, iaitu Edisi Siasat dan Edisi Khas, menyebabkan ia tidak boleh diakses pada petang hari sama.
Bagaimanapun, pada 8 malam hari sama, pemeriksaan Bernama di platform berkenaan mendapati satu akaun baharu menggunakan nama Edisi Siasat 2.0 diwujudkan, dengan mempunyai lebih 100,000 pengikut sebelum disekat.
SKMM dalam kenyataan memaklumkan, tindakan itu merupakan yang pertama seumpamanya diambil terhadap penyedia platform media sosial, khususnya memandangkan Telegram merupakan pemegang lesen Perkhidmatan Aplikasi (Kelas) [ASP(C)].
Kedua-dua saluran berkenaan dikenal pasti menyebarkan kandungan melanggar peruntukan bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam serta menjejaskan ketenteraman masyarakat.