
Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu selepas Salman Abdullah mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan mendorong penyerahan harta secara tidak jujur.
Beliau turut memerintahkan hukuman penjara bermula serta-merta.
Salman didakwa bersubahat dengan seorang wanita 32 tahun untuk memperdaya pegawai bank meluluskan pinjaman RM8,329 bagi pembelian iPhone 16 Pro di sebuah bank di Jalan Peel pada 1 Feb lalu.
Salman mengaku menyerahkan butiran kad pengenalan dan slip gaji dipalsukan sebagai dokumen sokongan.
Terdahulu, peguam Edwin Tomas dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memberitahu mahkamah, Salman kesal dengan tindakannya dan sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan lain di Penjara Kajang.
Timbalan Pendakwa Raya, Syafika Azwa Fikri meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.