
Beliau berkata, kerajaan negeri komited memastikan proses undang-undang berjalan lancar dan memberikan ruang kepada pihak berwajib terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan.
“Kerajaan negeri komited untuk memastikan kita bukan sahaja menghormati undang-undang tetapi juga mewujudkan integriti dalam kalangan anggota kerajaan dan penjawat awam,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Dewan Seri Putatan hari ini.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, dua Adun Sabah dan seorang lagi individu dijangka dihadapkan ke mahkamah bulan ini berhubung kes itu.
Hajiji juga berkata, kes itu tidak akan memberikan kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri.
“Biar mahkamah memutuskan sama ada mereka bersalah atau tidak. Ada juga ruang untuk mereka bersihkan nama,” katanya.