
Mangsa, Intan Inara Mohammad Hariz Husaini dipercayai terjatuh ke dalam tali air ketika bermain seorang diri di belakang rumah neneknya.
Ketua Polis Besut, Azamuddin Ahmad @ Abu, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 8.53 malam.
“Pada kira-kira 6 petang, mangsa dikatakan keluar melalui pintu belakang rumah neneknya dan bermain sendirian tanpa disedari sesiapa.
“Mangsa dijumpai oleh bapa saudaranya dalam keadaan terapung di dalam tali air, kira-kira 300 meter dari rumah neneknya pada 6.10 petang, sebelum dikejarkan ke Hospital Besut, namun disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azamuddin berkata rumah nenek mangsa terletak kira-kira 70 meter dari lokasi tali air tersebut.
Katanya, bedah siasat ke atas mangsa dijalankan hari ini dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.