85 wanita warga asing ditahan bekerja di pusat hiburan

85 wanita warga asing ditahan bekerja di pusat hiburan

Kebanyakan warga asing wanita yang ditahan itu bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan.

handcuff
Pengarah Jabatan Imigresen Pahang Nursafariza Ihsan berkata semua 99 warga asing termasuk 85 wanita ditahan kerana disyaki salah guna permit.
KUANTAN:
Seramai 99 warga asing termasuk 85 wanita ditahan menerusi enam serbuan di premis hiburan di sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Imigresen Pahang Nursafariza Ihsan berkata semua mereka ditahan selepas pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas 369 individu dalam operasi yang bermula pada 1 pagi itu.

Beliau berkata mereka yang ditahan membabitkan warga Thailand, Laos, Bangladesh, Yaman, dan China, berusia lingkungan 25 tahun hingga 40-an.

Kebanyakan warga asing wanita yang ditahan bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) yang ditempah menerusi pelbagai platform, antaranya aplikasi WeChat.

“Mereka yang ditahan ini disyaki salah guna permit kerana selepas pemeriksaan kita mendapati kebanyakannya pemegang permit di sektor pembinaan dan pembersihan selain ada juga hanya memiliki pas lawatan sosial,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata semua tangkapan dibawa ke Depot Imigresen Kemayan, Bera, untuk siasatan lanjut, antaranya mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.