
Ketua PKR Sabah, Mustapha Sakmud, dilapor berkata fokus utama PH Sabah ketika ini adalah membentuk kerjasama politik yang kukuh.
“Kita sedang buat perundingan. Sekarang ini di peringkat PH pun kita teruskan, dan peringkat antara Barisan Nasional pun kita sudah mulakan, dan selepas ini kita akan berbincang dengan GRS,” katanya lapor Berita RTM.
Terdahulu, Timbalan Setiausaha GRS Armizan Mohd Ali berkata gabungannya secara prinsip terbuka meneruskan kerjasama dengan parti teras membentuk kerajaan negeri ketika ini, iaitu bersama PH.
Bulan lalu, Pengerusi GRS Hajiji Noor berkata GRS pertahan kerjasama dengan PH, dan pendirian itu telah disampaikan kepada Pengerusi PH Anwar Ibrahim.