
Kebenaran lucut hak itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Muniandy Kannyappan selepas timbalan pendakwa raya memaklumkan tiada bantahan serta tuntutan dibuat mana mana pihak dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Jenayah 2 Kuala Lumpur, hari ini.
“Menerusi penghakimannya, hakim membenarkan wang dalam akaun perbankan atas nama Derivale Limited, milik Azlin Alias selaku pemegang benifisiari dilucutkan kepada kerajaan Malaysia menerusi SPRM,” katanya dalam kenyataan.
SPRM berkata, lucut hak dibuat bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Katanya, ia adalah kejayaan pertama SPRM melucut hak aset luar negara tanpa melibatkan pendakwaan.