
Ketua Polis Lipis, Ismail Man, berkata kereta dipandu lelaki 45 tahun bersama tujuh ahli keluarganya dari Klang ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu untuk menziarahi keluarga.
Menurutnya, Roslawati Mat Daud, 50, dan Aqif Azfar Azman, 6, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
“Pemandu kereta dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar belakang lori yang berhenti di bahu jalan.
“Pemandu kereta bersama lima ahli keluarga lain dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, pemandu lori 33 tahun bersama kelindannya yang dalam perjalanan dari Melaka ke Ketereh untuk menghantar perabot berhenti di tepi jalan untuk membuang air.
Katanya, kedua-duanya tidak cedera dan saksi diminta tampil membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.