SPRM jangka 2 bulan siasat kes seleweng dana lebuh raya

SPRM jangka 2 bulan siasat kes seleweng dana lebuh raya

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata banyak perkara perlu dikaji dan dianalisis seperti dokumen serta penyata kewangan.

macc sprm
SPRM berkata rakaman percakapan individu bergelar Tan Sri berhubung kes penyelewengan dana lebuh raya disambung hari ini.
BANGI:
Siasatan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan lagi.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, berkata ini kerana banyak perkara perlu dikaji dan dianalisis seperti dokumen serta penyata kewangan.

Katanya, setakat ini SPRM sudah merakam keterangan 53 saksi berhubung kes itu.

“Ramai lagi saksi akan dipanggil untuk dirakam percakapan. Kes ini ambil masa sebulan dua lagi,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang-undang Bertauliah SPRM kali ke-2 2025.

Sementara itu, Azam berkata rakaman percakapan individu bergelar Tan Sri berhubung kes itu akan disambung hari ini selepas memberi keterangan selama enam jam semalam.

Proses bermula sekitar 9 pagi itu selesai pada 3 petang semalam di kediaman individu terbabit di ibu negara.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM menyita pelbagai aset, termasuk beg tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai, dan kediaman mewah keseluruhannya dianggarkan kira-kira RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.