Fahmi akan minta Meta kembalikan hantaran FB Akmal

Fahmi akan minta Meta kembalikan hantaran FB Akmal

Fahmi Fadzil berkata beliau akan meminta Meta Platforms Inc untuk kenal pasti pihak memadam hantaran Facebook Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir.

FAHMI FADZIL - MENARA STAR
Fahmi Fadzil berkata beliau juga akan meminta pengendali Facebook, Instagram dan WhatsApp itu mengenal pasti pihak melakukan perkara itu.
PETALING JAYA:
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau akan meminta Meta Platforms Inc (Meta) untuk cuba kembalikan hantaran di Facebook Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir yang didakwa hilang pada Isnin.

Fahmi berkata, beliau juga akan meminta pengendali Facebook, Instagram dan WhatsApp itu mengenal pasti pihak melakukan perkara itu.

“Saya baru berhubung dengan YB Akmal dan akan minta pihak Meta cuba kembalikan posting serta kenal pasti siapa yang telah lakukan perkara ini,” katanya di platform X.

Terdahulu, Akmal berkata semua hantaran Facebook beliau bermula akhir 2022 hilang secara tiba-tiba yang disedarinya, tiga hari lalu.

Beliau berkata perkara itu mula dikesan apabila semua hantaran berkaitan kempen pemilihan PKR 2025 didapati lenyap beberapa jam lebih awal, diikuti dengan hantaran lain yang hilang sepenuhnya menjelang lewat petang hari sama.

“Kami telah menghubungi pihak Meta, dan mereka mengesahkan insiden ini berpunca daripada unsur sabotaj oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk memulihkan semula semua hantaran yang telah hilang,” kata timbalan menteri peralihan tenaga dan transformasi air di X.

Beliau juga pertimbang untuk memulakan tindakan undang-undang termasuk saman terhadap pihak yang terlibat.

“Saya telah mengarahkan pasukan peguam saya untuk mempertimbangkan proses undang-undang dimulakan termasuk tindakan saman terhadap mana-mana pihak atau individu terlibat sekiranya terdapat keterangan mencukupi,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.