
Ketua Pesuruhjaya Azam Baki, berkata proses berkenaan bermula sekitar 9 pagi itu selesai pada 3 petang tadi di kediaman individu terbabit di ibu negara.
Namun, beliau memaklumkan proses itu dihentikan sementara atas faktor kesihatan individu berkenaan dan akan bersambung di lokasi sama pada 9 pagi esok.
“Setakat ini, SPRM telah merakamkan keterangan daripada 52 saksi termasuk Tan Sri berkenaan dan ahli keluarganya … proses sama akan diteruskan esok,” katanya kepada Bernama.
Hari ini, media melaporkan selain keterangan yang diambil daripada Tan Sri terbabit hari ini, SPRM turut melakukan serbuan di kediaman pemegang konsesi itu di Melaka, namun tiada sebarang rampasan serta sitaan dilakukan.
Sebelum ini, media melaporkan SPRM menyita pelbagai aset, termasuk beg tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai, dan kediaman mewah keseluruhannya dianggarkan kira-kira RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri.