Pematuhan mandatori akan dibuat terhadap bas, lori buang pengehad kelajuan

Pematuhan mandatori akan dibuat terhadap bas, lori buang pengehad kelajuan

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata kebanyakannya ubah suai dengan memasang ketika pemeriksaan di Puspakom, tetapi dibuang selepas itu.

anthony loke siew fook
Loke Siew Fook berkata, pihak kementerian juga akan meneliti kemungkinan memasang kamera video ‘on-board’ pada kenderaan berat bagi tingkat keselamatan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan beberapa penguatkuasaan dan pematuhan mandatori melibatkan pemasangan pengehad kelajuan (speed limiter) pada kenderaan berat seperti bas dan lori.

Menteri Loke Siew Fook, berkata pihak kementerian juga akan meneliti kemungkinan memasang kamera video ‘on-board’ pada kenderaan berat bagi meningkatkan keselamatan walaupun ia belum diwajibkan.

Katanya, antara punca nahas kenderaan berat kerana dipandu laju dengan teknologi pengehad kelajuan dibuang, namun hanya dipasang kembali ketika pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Beliau mengulas tindakan susulan akan dilakukan kementerian selepas tragedi maut 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semalam.

“Kita lihat bahawa antara punca yang selalu berlakunya (kemalangan) jalan raya ini ialah kenderaan berat termasuk lori, bas, dan sebagainya dipandu laju, jadi sekarang ada teknologi, iaitu ‘speed limiter’, peranti dipasang dalam kenderaan untuk menghalang mereka daripada memecut lebih daripada had kelajuan.

“Cabaran kita hadapi kebanyakannya buat ‘tempered’, iaitu mengubah suai dengan memasang ketika pemeriksaan di Puspakom, tetapi selepas itu mereka buang, ini yang kita nak lihat penguatkuasaan mandatori dan peraturan lebih tegas untuk pastikan tiada ‘tempering’,” katanya menurut Bernama di George Town.

Mengulas lanjut, Loke berkata pihaknya mencari langkah untuk mengatasi isu kenderaan berat membuang pengehad kelajuan itu supaya tindakan tegas dan undang-undang dapat diambil oleh pihak berkuasa selepas ia diwajibkan.

Ketika ini, wajib bagi bas baharu dikeluarkan mulai 2020 dan seterusnya mempunyai tali pinggang keledar untuk semua penumpang, namun bas yang terlibat dalam kejadian di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) itu dibina pada 2013, dan tiada tali pinggang keledar.

“Walaupun wajib bagi bas baharu mempunyai tali pinggang keledar, cabarannya untuk memastikan pematuhan, sebab itu perlu laksana pematuhan mandatori kepada penumpang.

“Untuk kereta jika tidak memakai tali pinggang keledar akan mengeluarkan bunyi amaran jadi kita boleh mewajibkan pemandu bas untuk memastikan semua penumpang memakai tali pinggang keledar atau bas tidak akan bergerak,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.