Wanita rugi RM600,000 diperdaya pelaburan tidak wujud

Wanita rugi RM600,000 diperdaya pelaburan tidak wujud

Mangsa wanita berusia 57 tahun itu diperdaya selepas dimasukkan dalam kumpulan ‘K81 Lombard Stock Investment Academy’ di WhatsApp.

scammer
Mangsa diminta membuat bayaran tambahan ketika cuba mengeluarkan wang sebelum menyedari ditipu, kata Ketua Polis Pahang.
PETALING JAYA:
Seorang pegawai penyelidik kerugian RM600,500 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan saham tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp.

Mangsa wanita berusia 57 tahun itu menyertai skim terbabit selepas dimasukkan dalam satu kumpulan dikenali sebagai ‘K81 Lombard Stock Investment Academy’ pada 21 Mac lalu.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata mangsa turut diarahkan memuat turun aplikasi LOARDMB melalui pautan diberikan suspek untuk tujuan pelaburan.

“Mangsa membuat tiga transaksi awal berjumlah RM14,000 dan berjaya membuat satu pengeluaran awal RM1,000. Keuntungan itu menyebabkan mangsa yakin untuk meneruskan pelaburan seterusnya.

“Sebanyak 28 transaksi telah dibuat ke tiga akaun bank berbeza dalam tempoh 23 April hingga 4 Jun lalu sehingga jumlah keseluruhan pelaburan mencecah RM600,500,” katanya dalam kenyataan, menurut Sinar Harian.

Beliau berkata paparan di aplikasi terbabit menunjukkan keuntungan melebihi RM300,000 namun mangsa diminta bayaran tambahan ketika cuba mengeluarkan wang sebanyak RM50,000.

“Suspek meminta bayaran tambahan sebanyak RM200,000 sebagai caj perkhidmatan. Mangsa mula sedar ditipu selepas diminta bayaran tambahan itu.

“Wang yang dilaburkan adalah wang simpanan milik mangsa sendiri. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai membuat semakan dan pengesahan terlebih dahulu terhadap platform, syarikat serta individu yang menawarkan pelaburan sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.