
Jamal berkata selepas menjalani rawatan intensif, kanser dikesan di paru-paru sebelum merebak ke otak dan seluruh badan kini sudah tidak lagi dikesan dalam tubuhnya, lapor Sinar Harian.
“Setelah bertarung selama empat ke lima bulan dengan kanser tahap akhir, akhirnya doktor pakar mengesahkan kanser telah hilang daripada badan saya.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih rakan-rakan, sahabat handai dan seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan saya,” katanya.
Pada Mac lalu, kesihatan Jamal dilaporkan semakin merosot selepas doktor mengesahkan sel kanser di paru-parunya sudah merebak ke otak.
Jamal yang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Ampang berkata, beliau pada mulanya mengalami kesakitan di leher dan kepala ketika memasak di rumah.
Kesihatan Jamal mula merosot sejak Sept 2022, menyebabkan keadaan dirinya semakin lemah dan berat badan turun mendadak.