Hilang seminggu, OKU ditemukan maut

Hilang seminggu, OKU ditemukan maut

Jasad Sabri Ismail ditemukan sekitar 300m dari lokasi kali terakhir dilihat di Taman Sri Embun, Jerantut.

yahaya othman
Ketua Polis Pahang Yahaya Othman, berkata mayat Sabri Ismail, 36, dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Jerantut untuk tindakan lanjut. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dilapor hilang sejak 2 Jun di Jerantut ditemukan meninggal dunia.
sabri ismail
Sabri Ismail.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman, berkata mayat Sabri Ismail, 36, ditemukan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 10.20 pagi tadi.

Beliau berkata, mayat lelaki itu ditemukan kira-kira 300m dari lokasi kali terakhir dilihat iaitu di kawasan perumahan Taman Sri Embun, Jerantut pada 2 Jun.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Jerantut untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama.

Semalam, media melaporkan polis meminta bantuan orang ramai mengesan Sabri selepas menerima laporan mengenai kehilangannya pada Sabtu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.