
Katanya, Gen Z yang lahir antara 1997 hingga 2012, berdepan tekanan unik yang dipacu perubahan pesat teknologi, ketidaktentuan global, dan kesan berpanjangan pandemik Covid-19.
“Gen Z tidak mudah berdepannya. Mereka kena serba boleh dan mampu sesuaikan diri serta berubah mengikut peredaran zaman. Sukar mahu membuat persediaan bagi masa depan mereka (susulan perubahan berterusan AI),” katanya kepada FMT.
Taylor, berkhidmat bersama BBC lebih 30 tahun, berkata kerjaya jangka panjang di satu-satu tempat semakin janggal berlaku, dengan kebolehsuaian kini menjadi keperluan.
“Semakin sukar untuk menjangkakan seseorang itu akan mempunyai kerjaya panjang di satu tempat atau dalam satu pekerjaan. Ada kebebasan dalam hal itu, tetapi saya rasa perlu individu perlu ada keanjalan (untuk menyesuaikan diri dengan peredaran masa),” katanya.
Beliau berkata, pandemik Covid-19 memberi kesan mendalam kepada Gen Z, mengganggu pembangunan pendidikan dan sosial.
“Mereka kurang berisiko berdepan penyakit itu, namun sebenarnya lebih terkesan akibat sekatan terhadap pendidikan mereka.”
Taylor berada di Malaysia bagi merakamkan World Questions, versi global BBC Question Time, di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya, malam esok.
Mengulas mengenai kewartawanan, Taylor berkata AI menghidangkan cabaran dan peluang.
Katanya, alat seperti perkhidmatan transkripsi mampu memudahkan aliran kerja di bilik berita, tetapi penulisan dan pertimbangan editorial mesti terus diuruskan oleh manusia.
“AI boleh membantu kita dalam di sebalik tabir tugas, namun adakah ia patut menulis laporan berita kita? Tidak. Itu bukan sesuatu yang kita mahukan. Dan kita perlu merancang melindungi elemen kemanusiaan itu,” katanya.