
MTUC mendakwa, kementerian itu cuba ‘mengelirukan orang ramai’.
‘Tidak boleh dinafikan bahawa kepimpinan semasa MTUC adalah Jawatankuasa Khas Bersama,” kata J Solomon, pengerusi jawatankuasa itu, dalam kenyataan.
Beliau menjelaskan, persediaan untuk pemilihan MTUC yang dijadual diadakan pada 2 dan 3 Ogos berjalan dengan lancar.
Pertubuhan terbesar mewakili pekerja di Malaysia itu tiada jawatankuasa kerja selepas keputusan Mahkamah Tinggi pada 2023 mengisytiharkan pemilihannya – yang diadakan tiga tahun sekali – setahun sebelum itu terbatal dan tidak sah, mencetuskan pertikaian dalaman berlarutan.
Pada Februari, Mahkamah Rayuan mengarahkan MTUC melaksanakan pemilihan semula kepimpinan dalam tempoh 90 hari, yang akan diuruskan oleh JBK.