P Pinang setuju semak semula diskaun 5% India Muslim beli rumah

P Pinang setuju semak semula diskaun 5% India Muslim beli rumah

Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim berkata beliau telah berbincang dengan Ketua Menteri Chow Kon Yeow berhubung isu terbabit susulan maklum balas diterima.

YB Steven Sim Chee Keong
Steven Sim berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bersetuju membawa perkara itu dalam mesyuarat exco akan datang untuk disemak dan dibincang semula.
PETALING JAYA:
Kerajaan negeri Pulau Pinang bersetuju menyemak semula pemberian diskaun 5% kepada komuniti India Muslim bagi pembelian unit hartanah tidak terjual.

Pengerusi DAP negeri, Steven Sim, berkata beliau telah berbincang dengan Ketua Menteri Chow Kon Yeow berhubung isu terbabit susulan maklum balas diterima daripada orang awam.

Beliau berkata Chow bersetuju supaya perkara itu dibawa ke mesyuarat exco akan datang untuk disemak dan dibincangkan semula.

“Sebagai sebuah parti yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan, DAP sentiasa memperjuangkan keadilan dan kebajikan semua rakyat Malaysia, tak kira kaum dan agama.

“Adalah penting untuk kerajaan negeri Pulau Pinang terus menjunjung prinsip keadilan sosial dan memastikan hak setiap rakyat Malaysia untuk memiliki rumah dipelihara,” katanya dalam kenyataan.

Khamis lalu, kerajaan Pulau Pinang dilaporkan memperkenalkan insentif diskaun 5% kepada komuniti India Muslim bagi pembelian unit kediaman dan komersial menerusi Dasar Pemangkin Momentum Sektor Hartanah dan Pemilikan Rumah Inklusif Madani.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar negeri S Sundarajoo berkata insentif itu berkuat kuasa mulai 1 Jun hingga 31 Mei 2026, khusus kepada golongan India Muslim yang berminat untuk memiliki hartanah di negeri itu.

Pada masa sama menurutnya, kategori khas Rumah MutiaraKu Jenis D (RMKu D) dengan harga siling maksimum RM400,000, yang dikhususkan kepada pembeli berpendapatan isi rumah sehingga RM15,000 sebulan, turut diperkenalkan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.