Polis tahan warga asing cabul wanita di P Pinang

Polis tahan warga asing cabul wanita di P Pinang

Polis berkata sispek berusia 24 tahun itu ditahan orang awam di lokasi kejadian di Bayan Lepas.

lelaki warga asing cabul wanita ditahan
Tangkap layar video tular menunjukkan suspek warga asing yang ditahan orang awam.
GEORGE TOWN:
Seorang lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang wanita tempatan di kawasan letak kenderaan sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, Isnin lepas.

Ketua Polis Timur Laut Abdul Rozak Muhammad berkata wanita berusia 38 tahun berkenaan membuat laporan berkaitan kes itu pada 12.45 tengah malam, Selasa lepas.

“Pihak polis mendapati video berkaitan kejadian tular sejak 1 tengah hari tadi dan berdasarkan siasatan, mangsa didapati membuat laporan kira-kira sejam setengah selepas insiden cabul itu.

“Lelaki warga asing berusia 24 tahun itu juga telah ditangkap oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Rozak berkata lelaki itu kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu menangkap lelaki itu.

Terdahulu, tular video berdurasi 1 minit 10 saat memaparkan beberapa individu menangkap seorang lelaki warga asing yang didakwa mencabul seorang wanita yang sedang berjalan di kawasan parkir di sebuah pangsapuri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.