Imigresen serbu pusat hiburan, 236 pendatang dicekup

Imigresen serbu pusat hiburan, 236 pendatang dicekup

Seramai 473 individu diperiksa Jabatan Imigresen Johor dalam Op Kutip di Johor Bahru, malam tadi.

tahanan pati imigresen
Semua warga asing yang ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen di Kompleks Dalam Negeri Setia Tropika, menurut Jabatan Imigresen Johor. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai 236 pendatang asing tanpa izin ditahan selepas Jabatan Imigresen Johor melakukan serbuan di dua pusat hiburan dalam Op Kutip di Johor Bahru, malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha, berkata operasi 11.50 malam hingga 2.15 pagi tadi di Stulang Laut itu dilakukan hasil maklumat dan risikan selama tiga minggu, lapor Berita Harian.

Dalam operasi terbabit, seramai 473 individu diperiksa dalam operasi itu membabitkan 196 warga tempatan dan 277 warga asing.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 111 wanita dan tiga lelaki warga Thailand, 43 wanita dan 13 lelaki warga Vietnam, 23 lelaki warga Bangladesh dan 14 lelaki warga India.

Turut ditahan 10 lelaki warga Pakistan, tujuh lelaki warga Nepal, empat lelaki dan seorang wanita warga China, empat wanita warga Laos dan tiga lelaki warga Indonesia.

Semua warga asing yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki pas atau permit yang sah dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa di negara ini.

Mereka kemudiannya dibawa ke depoh tahanan imigresen di Kompleks Dalam Negeri Setia Tropika.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.