Tak penuhi syarat kemasukan, 279 warga asing diusir

Tak penuhi syarat kemasukan, 279 warga asing diusir

Agensi Kawalan Pintu Sempadan berkata jumlah itu rekod tertinggi dalam sehari bagi kes 'Not-To-Land' sejak penubuhan Pasukan Pemantau AKPS KLIA pada 2023.

warga asing diusir
Warga asing yang tidak memenuhi syarat kemasukan diarahkan pulang serta-merta di KLIA semalam. (Gambar AKPS)
PETALING JAYA:
Seramai 279 warga Bangladesh, Pakistan dan India tidak memenuhi syarat kemasukan ke Malaysia diarahkan pulang serta-merta, selepas proses dokumentasi dan semakan lanjut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Agensi Kawalan Pintu Sempadan (AKPS) berkata, jumlah itu rekod tertinggi dalam sehari bagi kes “Not-To-Land” (NTL) sejak penubuhan Pasukan Pemantau AKPS KLIA pada 2023.

Menurutnya, langkah pengusiran itu sebahagian usaha berterusan AKPS memperketat kawalan keselamatan sempadan dan memastikan hanya individu benar-benar layak serta memenuhi semua syarat dibenarkan memasuki Malaysia.

“Trend kemasukan warga asing secara tidak sah ini dilihat semakin meningkat, khususnya pada waktu kemuncak ketibaan dan musim cuti umum di Malaysia.

“Kesesakan dan aliran pelawat tinggi sering dimanipulasi segelintir individu untuk menyelinap masuk dengan menyalahgunakan kemudahan kemasukan,” katanya menurut Sinar Harian.

Menurutnya, penubuhan Pasukan Pemantau AKPS KLIA sejak dua tahun lalu memberi impak positif dalam mempertingkatkan keberkesanan saringan awal dan pengesanan pelawat berisiko.

Katanya, ia mencerminkan komitmen AKPS dalam melaksanakan pemantauan tegas dan konsisten bagi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.