Lelaki Taiwan maut jatuh landasan LRT

Lelaki Taiwan maut jatuh landasan LRT

Insiden berlaku di Stesen Pusat Bandar Puchong.

mangsa jatuh MRT
Bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa. (Gambar JBPM)
KUALA LUMPUR:
Seorang lelaki warga Taiwan maut selepas dipercayai terjatuh ke landasan transit aliran ringan (LRT) di Stesen Pusat Bandar Puchong petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada 6.05 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya anggota di lokasi, terdapat seorang lelaki lingkungan umur 60 tahun berada di bawah LRT dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mangsa melibatkan tujuh anggota dan sebuah jentera ‘fire rescue tender’.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.