19 penumpang terselamat, bas ekspres terbabas langgar besi penghadang

19 penumpang terselamat, bas ekspres terbabas langgar besi penghadang

Polis berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu memandu laju ketika dalam perjalanan dari Rantau Panjang menuju Kuala Lumpur.

Keadaan bas ekspres selepas hilang kawalan dan melanggar besi penghadang di KM8 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis semalam. (Gambar PDRM)
GUA MUSANG:
Seramai 19 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki mereka terbabas di KM8 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini, semalam.

Ketua Polis Gua Musang, Sik Choon Foo, berkata kejadian kira-kira 1.40 tengah hari itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu memandu laju ketika dalam perjalanan dari Rantau Panjang menuju Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu berusia 57 tahun itu hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang jalan. Tiada kecederaan dilaporkan dan semua penumpang dipindahkan ke bas gantian bagi meneruskan perjalanan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kamera papan pemuka bas dirampas bagi membantu siasatan mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.