
PETALING JAYA: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) selepas lima hari dirawat di hospital itu akibat keletihan.
Dalam satu hantaran Instagram Jabatan Perdana Menteri Brunei memaklumkan Sultan Hassanal dinasihatkan doktor untuk berehat beberapa hari lagi di Kuala Lumpur sebelum berangkat pulang ke Brunei.
Sultan Hassanal yang berada di Kuala Lumpur untuk Sidang Kemuncak Asean dan mesyuarat berkaitan memegang beberapa jawatan di Brunei antaranya perdana menteri, menteri kewangan, dan menteri pertahanan.
Baginda dimasukkan ke IJN pada Selasa lalu kerana dilaporkan mengalami keletihan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang melawat Sultan Hassanal kemudiannya memaklumkan baginda berada dalam keadaan baik.