
Timbalan Ketua Pemuda PKR Izuan Kasim berkata, pucuk pimpinan parti itu perlu meneliti pelbagai aspek termasuk hubungan dengan rakan dalam kerajaan perpaduan sebelum membuat keputusan menerima Tengku Zafrul.
“Masih terlalu awal untuk kita buat jangkaan Tengku Zafrul akan diterima masuk ke dalam PKR, tiada situasi pancing-memancing,” kata Adun Kota Damansara itu kepada FMT.
“Setiap kemasukan nama-nama besar pasti akan diteliti oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) terlebih dahulu, (nilai) baik buruk dan kesannya terhadap kerajaan perpaduan serta rakan komponen PH.”
Tambahnya, PKR tidak boleh menyekat mana-mana pemimpin parti lain yang rela hati ingin menyertainya.
Semalam, Tengku Zafrul yang juga menteri pelaburan, perdagangan dan industri mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dan ketua bahagian Kota Raja, serta keluar parti.
Katanya, beliau telah menyatakan niat untuk menyertai PKR kepada Presiden Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung Fuziah Salleh.
Tindakan Tengku Zafrul itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada pemimpin Umno, termasuk Ada yang menuduh PKR cuba ‘mencuri’ ahlinya, serta menikam Umno dari belakang.