
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Muhammed Hasbullah Ali, berkata pihaknya giat mengesan lokasi penggodam yang menggodam WhatsApp Saifuddin sebelum menghantar pautan URL kepada kenalan di aplikasi sama.
Setakat ini, beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan mengalami kerugian akibat penggodaman itu.
“Tindakan pantas pegawai menteri melaporkan segera kejadian itu berjaya mengelakkan mana-mana individu terpedaya.
“Polis juga membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 bagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya menurut Berita Harian.
Isnin lalu, Pejabat Menteri Dalam Negeri memaklumkan akaun WhatsApp Saifuddin digodam dan perkara itu sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.