Jual kandungan lucah di Telegram, lelaki didenda RM3,000

Jual kandungan lucah di Telegram, lelaki didenda RM3,000

Ammar Azaruddin terlepas hukuman penjara empat bulan selepas membayar denda tersebut.

Mahkamah KL
Ammar Azaruddin mengaku bersalah atas pertuduhan menjual dan mengedar kandungan lucah dalam prosiding di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR:
Seorang penganggur didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana mengedar bahan lucah melalui aplikasi Telegram.

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman denda itu selepas Ammar Azaruddin mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan penjualan dan pengedaran bahan lucah.

Ammar terlepas hukuman penjara selama empat bulan selepas membayar denda berkenaan.

Menurut fakta kes, seorang anggota polis telah menemui sebuah laman web yang mengandungi pautan ke saluran Telegram yang mempromosikan kandungan lucah pada 9 April lalu.

Pengguna dikehendaki membuat bayaran untuk mengakses bahan tersebut.

Siti Summaiyah Ahmad Jaafar dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili Ammar merayu mahkamah mengenakan denda minimum dengan menyatakan anak guamnya telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran bagi mencerminkan kesalahan berat dilakukannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.