EAIC siasat pegawai JPJ gagal isytihar lupus kenderaan

EAIC siasat pegawai JPJ gagal isytihar lupus kenderaan

EAIC berkata hasil siasatan mendapati beberapa kenderaan atas nama pegawai JPJ KL belum diisytiharkan lupus, walaupun ia sudah tiada dalam pemilikan sejak sekian lama.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan berkata ia akan merujuk hasil siasatannya kepada Pihak Berkuasa Tatatertib JPJ supaya surat teguran diberikan kepada pegawai terbabit. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengenal pasti beberapa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur gagal mengemas kini dan mengisytiharkan pelupusan harta, termasuk kenderaan.

Katanya, siasatan dijalankan berdasarkan aduan diterima mengikut Subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.

“Hasil siasatan mendapati beberapa kenderaan atas nama pegawai JPJ Kuala Lumpur belum diisytiharkan lupus melalui HRMIS (sistem pengurusan maklumat sumber manusia), walaupun kenderaan tersebut sudah tidak berada dalam pemilikannya sejak sekian lama,” katanya menurut Sinar Harian.

EAIC berkata, kegagalan itu melanggar Subperaturan 10(2) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, justeru ia akan merujuk hasil siasatannya kepada Pihak Berkuasa Tatatertib JPJ supaya surat teguran diberikan kepada pegawai terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.