
Ketua Polis Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya kini sedang menunggu arahan untuk tindakan selanjutnya berhubung kes terbabit.
“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada TPR bagi cadangan tuduh dan kita sedang tunggu arahan selanjutnya,” katanya pada sidang akhbar di IPD Gombak hari ini, menurut Sinar Harian.
Media sebelum ini melaporkan pempengaruh berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya tamat pada Selasa.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Siti Kamsiah Hassan.
Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.